~ Pengenalan STK ~
Sains dan teknologi kejuruteraan tidak dapat dipisahkan dengan bidang ilmu dalam Islam. Sains adalah usaha manusia untuk menghuraikkan sesuatu dengan tepat dan secara kuantiatif mengenai alam tabi'i dan perjalanannya melalui pengamatan, hipotesis dan eksperimen yang benar. Antara konsep dalam sains adalah hukum, sebab dan akibat. Dalam hal ini, sains Islam sama-sama berpegang kepada prinsip bahwa alam mini adalah bersifat konseptual iaitu sesuatu yang boleh difahami dan dimengertikan.
Bidang sains sendiri belum menemui kebenaran yang sejati dan hakiki. Tradisi Islam adalah melahirkan para saintis berteknologi muslim yang beriman dan berakhlak dan Islam menolak kemajuan teknologi tanpa akhlak dan sains yang menolak spiritual. Sains dalam pandangan Barat beranggapan sumber wahyu tidak diperlukan berasaskan prinsip logos dan mitos. Logos adalah satu penemuan yang paling ampuh hasil dari eksperimen manakala mitos pula umpama khalayan yang tidak wujud dan tidak dapat dibuktikan secara tepat dan konkrit.
______________________________________________________________________________________________
~ Definisi Sains ~
Aspek Bahasa :
1. Daripada perkataan Inggeris iaitu 'science'. Juga berasal daripada perkataan 'scio', scire atau scientia (dari bahasa Latin) yang bermaksud pengetahuan.
2. Sains mengikut Encarta Encyclopedia ialah "Systematized knowledge in any field, but applied usually the organization of objectively verifiable sense experience."
3. Sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu-ilmu yang diperoleh secara sistematik berdasarkan pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara objektif.
4. Boleh didefinisikan sebagai satu ilmu yang dihasilkan melalui proses cerapan (iaitu analisis dengan menggunakan panca indera) serta fahaman yang lahir daripadanya.
5. Sains adalah satu huraian secara sistematik tentang fenomena tabi'i atau alam semula jadi yang melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah yang dapat diukur (kuantiatif).
6. Kajian yang rasional dan emperikal yang mana tiada kaitan dengan wahyu, intuisi, emosi dan perkara-perkara agama.
7. Sains terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :-
- Sains Tulen atau Sains Tabi'i
- Sains Gunaan (Teknologi dan kejuruteraan)
- Sains Sosial (Tabiat Manusia)
Aspek Keilmuan Islam :
1. Sains Islam berasaskan wahyu dan akal. Menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan tertinggi kerana wahyu datang daripada kuasa tanpa batas sedangkan akal adalah satu perkara yang terbatas.
2. Sains dalam Islam adalah sains yang berkonsepkan tauhid yang mana ianya penemuan kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah melalui rasul-Nya.
3. Ia adalah satu maklumat atau fakta yang didapati menerusi penyelidikan dan pemenuan yang menggunakan kaedah-kaedah tertentu tidak bercanggah dengan syarak untuk mencari fakta atau bukti bagi menjelaskan sesuatu kebenaran.
4. Dikaitkan dengan cabang ilmu pengetahuan yang sistematik, yang betolak dari sesuatu sebab dan akibat yang boleh diuji dan dikaji kebenarannya.
5. Menggabungkan unsur metafizik (ketuhanan) dan fizik, ilmu aqli dan naqli, ilmu intelek dan ilmu wahyu.
6. Sains Islam berasaskan nilai, neural dan objektif.
7. Sains dalam Islam merangkumi 3 kategori utama iaitu :-
Sains Propaedeutik
- melibatkan kemahiran seperti membaca, menulis, ilmu pengetahuan timbangan, pertanian, biografi dan sejarah.
Sains Syariah
- Sains ini adalah sati bidang yang sama dengan ilmu agama pada hari ini.
- Bidang yang termasuk adalah ilmu tajwid, hadith, syariah, tafsir, dan lain-lain.
Sains Falsafah
- Merangkumi 4 bahagian utama.
- Merangkumi bidang matematik propaedeutik, logik, sains tabi'i dan matematik tabi'i.
______________________________________________________________________________________________
~ Definisi Teknologi ~
Aspek Bahasa :
Teknologi Dari Aspek Bahasa & Istilah
1. Perkataan technology berasal dari perkataan Gree (techologia), dari perkataan Yunani (techne), bermaksud seni, kemahiran, rekaan. (Hairudin Harun, 2007 : 2)
2. Teknologi adalah satu sains gunaan di mana ilmu sains digunakan bagi mencapai matlamat atau tujuan yang pratikal.
3. Secara ertimologinya, teknologi berasal dari dua perkataan bahasa Yunani iaitu 'techne' dan 'logos'.
4. 'Techne' adalah seni (art), kerja tangan atau keterampilan., Tekno bermaksud kemahiran teknik atau hasil kerja. Logos bermaksud wacana atau kata-kata sistematis.
5. Teknologi boleh merujuk kepada merujuk kepada pertama : penggunaan kaedah-kaedak dan teknik-teknik pembuatan barang atau perkhidmatan yang dihasilkan melalui rekaan sains untuk menyelesaikan masalah. Kedua : yeknik-teknik yang meliputi kaedah, bahan-bahan, peralatan dan proses-proses untuk menyelesaikan masalah. Ketiga : penggunaan sumber-sumber seperti pengetahuan, kemahiran, proses, teknik, peralatan dan bahan untuk menyelesaikan masalah.
6. Ini bermakna teknologi adalah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memberi manfaat dan menyelesaikan terhadap sesuatu masalah yang dihadapi oleh dalam kehidupan seharian.
7. Dari istilah: teknologi adalah ilmu pengetahuan dan tindakan yang bersistem dan biasanya dikaitkan dengan proses industri.
8. Kesimpulannya, ialah ilmu yang berbentuk praktikal atau teknikal yang membolehkan manusia membuat perubahan yang bermanfaat ke atas alam tabi'i.
Robert E. McGinn membahagikan teknologi kepada empat maksud iaitu :-
a. Teknologi sebagai teknik selalunya dirujuk sebagai produk-produk material buatan manusia atau segala rekaanya.
b. Teknologi sebagai satu teknologi.
c. Teknologi sebagai satu bentuk aktiviti kebudayaan manusia.
d. Teknologi sabagai satu perusahaan kemasyarakatan yang menyeluruh.
Aspek Keilmuan Islam
Teknologi Dari Aspek Keilmuan Islam :
1. Teknologi dalam Islam satu cabang praktikal untuk mencapai tujuan praktikal sebenar, bertunjangkan tauhid kepada Allah, seimbang antara satu sama lain, terlaksana mengikut sistem etika Islam yang mengutamakan keadilan dan dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai khalifah Allah untuk menggunakan alam tabi'i dengan baik. (Wan Ramli Wan Daud, 1991)
2. Dalam sejaran sains Islam, istilah yang bertepatan dengan teknologi ialah istilah 'sina'ah' yang bermaksud ilmu gunaan.
3. Pengetahuan yang berhubung dengan teknik menggunakan pengetahuan sains.
4. Bertujuanmemberi kemudahan dan kemakmuran kepada manusia.
5. Teknologi dalam Isla adalah bentuk teknologi yang memberi manfaat iaitu tanpa unsur kerosakan dan tidak terkeluar daripada etika serta prinsip-prinsip dasar Islam.
6. Teknologi satu pengetahuan kemahiran yang memberikan fokus kepada cara menggunakan ciptaan sains untuk membantu kehidupan manusia menabdikan diri kepda Allah. S.W.T.
7. Ia merujuk kepada dua kemahiran iaitu ;-
> Kemahiran dalam bidang pembuatan atau pengeluaran.
> Kemahiran dalam bidang arkitek dan kejuruteraan.
______________________________________________________________________________________________
~ Definisi Kejuruteraan ~
Aspek Bahasa
Kejuruteraan Dari Aspek Bahasa & Istilah
1. Kejuruteraan termasuk dalam bidang sains gunaan (applied science) yang berkaitan dengan teori asas dengan mereka bentuk sesuatu hasil keperluan dan kegunaan yang boleh memberi khidmat kepada manusia.
2. Kejuruteraan juga bermaksud proses mereka bentuk teknologi dengan kaedah yang paling efisyen.
Aspek Keilmuan Islam
1. Kejuruteraan adalah satu disiplin ilmu yang berkaitan dengan kepandaian untuk menggunakaan teknologi secara efisyen bagi tujuan kebaikan manusia.
2. Kejuruteraan dalam Islam digunakan untuk membantu manusua dalam memenuhi tugas khalifah secara lebih berkesan.
No comments:
Post a Comment