~Hadis Berkaitan Lalat ~
Islam menghendaki kita supaya menjaga kebersihan bukan sahaja pada pakaian dan tempat tinggal malah pada makanan dan juga minuman. Rasulullah ﷺ amat menitik beratkan hal ini sehinggakan apabila seekor lalat pun yang memasuki makanan atau minuman, Baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya.
Penyataan lalat pada hadis di atas; bahawa air tetap bersih
dan suci jika dihinggapi lalat yang membawa bakteria penyebab penyakit
sekiranya kita celupkan lalat itu supaya sayap yang membawa ubat (penawarnya)
pun turut sama tercelup ke dalam air tersebut.
Bahawasanya terdapat bahan khusus pada salah salah satu
sayapnya yang sekaligus menjadi penawar atau ubat terhadap bakteria yang berada
pada sayap yang lain. Oleh kerana itu, apabila keseluruhan badan seekor lalat
dicelupkan ke dalam air, maka bakteria yang ada padanya akan mati dan hal ini tidak
akan meninggalkan racun yang boleh memudaratkan manusia.
Rasulullah ﷺ bersabda, “Apabila seekor lalat masuk ke dalam minuman salah seorang kamu, maka celupkanlah ia, kemudian angkat dan buanglah lalatnya sebab pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap lainnya ada ubatnya.”(HR. Bukhari, Ibn Majah, dan Ahmad)
Berdasarkan hal ini, jelaslah bahawa ilmu pengetahuan dalam perkembangan sains telah menegaskan dan membuktikan keterangan Rasulullah ﷺ secara ilmiah, sesuai dengan hadis yang mulia tersebut. Dan mukjizat ini telah dikemukakan oleh Baginda semenjak 14 abad yang silam, sebelum para pakar perubatan mengakuinya.
Maka adalah ternyata bahawa apa yang dikatakan oleh
Rasulullah ﷺ adalah
benar iaitu saranan Baginda kepada kita agar menenggelamkan lalat terlebih
dahulu ke dalam air bagi mengeluarkan mikro organisma penolak kuman dari badan
lalat tersebut, dalam erti kata lain bahawa badan lalat harus dibasahkan
sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum
dengan selamat. Subhanallah betapa hebatnya junjungan kita, Nabi Muhammad ﷺ .
Firman Allah سبحانه وتعالى:
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ
وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ ﴿١٩٠﴾ الَّذِينَ يَذْكُرُونَ
اللَّـهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ
وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَـٰذَا
بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ﴿١٩١
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada
pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan
keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang
menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka
berbaring mengiring, dan mereka juga memikirkan tentang kejadian langit dan
bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! tidaklah Dikau menjadikan
benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Dikau, maka peliharalah kami dari
azab neraka.”
(Surah Ali Imran: Ayat 191)
Video.
Sumber : Indahnya Islam (yotube.com)
No comments:
Post a Comment