~Cap Jari Yang Berkaitan Dengan Al-quran~
( Contoh Cap Jari ) |
Setiap orang, termasuk mereka yang lahir kembar, memiliki
pola cap jari yang khas dan berbeza di antara satu sama lain. Itulah sebabnya,
cap jadi menjadi tanda pengenal manusia untuk membezakan seseorang dengan orang
lain.
( Contoh Jenis-jenis cap jari ) |
Menurut Harun Yahya, sistem pengekodan ini dapat disamakan
dengan sistem kode garis (barcode) sebagaimana yang digunakan ketika ini.
Penekanan pada cap jari mempunyai makna sangat khusus.
Menurut Harun Yahya, hal itu disebabkan cap jari
setiap orang adalah khas bagi dirinya sendiri. Setiap orang yang hidup atau pernah
hidup di dunia ini memiliki siri cap jari yang unik dan berbeza dari orang
lain.
Itulah sebabnya mengapa cap jari digunakan sebagai kad
identiti yang sangat penting bagi pemiliknya dan digunakan di seluruh dunia.
Keunikan cap jari ini baru ditemui pada akhir abad ke-19 M.
Sebelumnya, orang menghargai cap jari sebagai
lengkungan-lengkungan biasa tanpa makna khusus. Namun dalam Al-Quran, Allah
merujuk kepada cap jari, yang sedikitpun tak menarik perhatian orang waktu itu,
dan mengarahkan perhatian kita pada erti penting cap jari, yang baru mampu
difahami di zaman sekarang.
Pada abad ke-7 M, Al-Quran telah menyebutkan bahawa cap jari
menjadi tanda pengenal manusia. Dalam Al-Quran disebutkan mudah bagi Allah
untuk menghidupkan manusia selepas kematiannya, pernyataan tentang cap jari
manusia secara khusus ditekankan dalam sebuah ayat.
"Apakah manusia mengira bahawa Kami tidak akan
mengumpulkan (kembali) tulang-belulangnya? Ya, bahkan Kami mampu menyusun
(kembali) hujung jari-jarinya dengan sempurna." (Al-Quran, 75:3-4).
Sungguh Al-Quran adalah firman Allah yang Maha Benar.
Video ( Sejarah penemuan cap jari
Sumber : youtube.com
No comments:
Post a Comment