~ Hadis Berkaitan Bersugi ~
( Kayu Sugi) |
1. Bersugi atau bersiwak adalah suatu perbuatan bagi
membersihkan mulut dan gigi.
2. Bersugi hukumnya adalah sunat dan masanya ialah bila-bila
masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika
hendak mendirikan sembahyang , ketika hendak membaca Al-Quraan dan ketika
berubah bau mulut.
3. Dihukumkan makruh bersugi apabila telah gelincir matahari
( masuk waktu Zohor ) bagi orang yang berpuasa , sebagaimana sabda Rasulullah
s.a.w. yang bermaksud :
“ Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. sesungguhnya bau
mulut orang yang berpuasa itu disisi Allah s.w.t. itu lebih harum daripada
kasturi “.
( Riwayat Muslim )
( Riwayat Muslim )
- Pada pendapat Imam Nawawi r.a.h bahawa tidak makruh
bersugi bagi orang yang berpuasa sama ada telah gelincir matahari atau belum
gelincir matahari.
( Contoh Kayu Sugi ) |
4. Alat untuk bersugi ialah tiap-tiap sesuatu yang suci dan
kesat seperti berus gigi , kayu arak ( siwak ) , rotan manggar kelapa dan
lain-lain.
5. Hadith Rasulullah s.a.w. tentang bersugi :
1) Dari Aisyah r.a.h. “ Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah
bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya “.
( Riwayat Baihaqi )
( Riwayat Baihaqi )
2) Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. telah bersabda
:
“ Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh
mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk “.
( Riwayat Ahmad )
“ Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh
mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk “.
( Riwayat Ahmad )
6. Cara perlaksanaan bersugi hendaklah dengan tangan kanan
dan dimulakan dengan sebelah kanan mulut dan terus dilakukan atas langit-langit
mulut dengan perlahan-lahan serta ke atas gusi dan gigi.
7. Di antara kelebihan bersugi ialah :
1) Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
1) Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“ Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih
baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang
dengan tidak bersugi “.
( Riwayat Muslim )
2) Dapat menambahkan akal.
3) Dapat mencerahkan mata.
4) Melambatkan tumbuh uban .
5) Dapat menggandakan pahala.
6) Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal .
baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang
dengan tidak bersugi “.
( Riwayat Muslim )
2) Dapat menambahkan akal.
3) Dapat mencerahkan mata.
4) Melambatkan tumbuh uban .
5) Dapat menggandakan pahala.
6) Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal .
7. Sekiranya tidak dapat bersugi pada tiap-tiap waktu yang
dituntuti hendaklah ia bersugi sekali dalam sehari.
8. Di antara sebab-sebab sembahyang orang yang bersugi itu
lebih afdhal dan lebih besar fadhilatnya kerana ia akan mendatangkan lebih
khusyuk sembahyangnya serta dapat memelihara pergaulan yang baik di dalam
jemaahnya semasa sembahyang dengan bau mulut yang bersih dan harum serta cahaya
gigi yang segar .
Malah kini telah wujud berbagai penemuan ilmiah dari sudut sains berkaitan dengan kayu siwak serta hikmahnya kepada kesihatan mulut dan gigi. Daripada beberapa kajian yang telah dikaji dan direkodkan kajiannya oleh Profesor Doktor Abdullah Abdul Ar-Razak Mas’ud As-Sa’id di dalam bukunya yang bertajuk “Siwak, Perhatian Berat Dalam Pengamalannya Untuk Kesihatan Gigi” antaranya adalah:
1) Kayu siwak terdiri daripada beberapa ciri yang boleh kita dapati daripada “gall tree”(3) yang dipercayai sebahagian daripada bahagian tumbuhan atau pokok yang secara saintifiknya mempunyai bahan anti-kulat juga sebagai bahan lawas untuk penghadaman. Malah kini terkenal di dalam penggunaan anti pengaliran darah (pembekuan darah). Namun Doktor Abdullah Abdul Razak menegaskan bahawa kayu siwak adalah bersih serta ciri-ciri yang terkandung di dalamnya boleh membersihkan gusi serta gigi manusia serta merawat luka kecil yang terdapat pada gigi kita serta menghalang pengaliran darah daripadanya.
Selain itu, seorang pakar farmasi yang dikenali sebagai Sallahuddin Hanafi telah melakukan beberapa ujikaji keatas ubat gigi yang mengandungi kayu sugi atau kayu siwak. Berikut adalah beberapa penemuan olehnya :-
1) Ia mengandungi beberapa sumber garam mineral, sodium klorida (sodium chloride), kalsium, sodium, fosfat (phosphate), zat besi, silica, dan lain-lain lagi. Ternyata sebahagian daripanya mempunyai faedah yang tersendiri pada gigi serta gusi manusia. Di antaranya, bahan klorin yang terdapat di dalam sodium klorida membantu mengekalkan keputihan kepada gigi kita.
2) Ia juga mengandungi minyak yang berbau harum (essences oil), merupakan sejenis minyak yang mempunyai haruman yang menyegarkan yang hampir sama dengan haruman ubat gigi yang berada di pasaran pada hari ini. Kajian mengatakan bahawa minyak ini warnanya perang kemerah-marahan. Boleh dikatakan salah satu daripada faedah bersiwak adalah mengelakkan bau yang tidak menyenangkan hasil tinggalan sisa-sisa makanan di antara celah gigi kita.
Video
Sumber : Ceramah Agama Oleh Ybhg. Dr. Zaharuddin Abdul Rahman (Youtube.com)
# Maaf kerana audio kurang jelas.
No comments:
Post a Comment