Tuesday, 8 March 2016

Pengenalan STK

No comments:

~ Pengenalan STK ~





Sains dan teknologi kejuruteraan tidak dapat dipisahkan dengan bidang ilmu dalam Islam. Sains adalah usaha manusia untuk menghuraikkan sesuatu dengan tepat dan secara kuantiatif mengenai alam tabi'i dan perjalanannya melalui pengamatan, hipotesis dan eksperimen yang benar. Antara konsep dalam sains adalah hukum, sebab dan akibat. Dalam hal ini, sains Islam sama-sama berpegang kepada prinsip bahwa alam mini adalah bersifat konseptual iaitu sesuatu yang boleh difahami dan dimengertikan.



Bidang sains sendiri belum menemui kebenaran yang sejati dan hakiki. Tradisi Islam adalah melahirkan para saintis berteknologi muslim yang beriman dan berakhlak dan Islam menolak kemajuan teknologi tanpa akhlak dan sains yang menolak spiritual. Sains dalam pandangan Barat beranggapan sumber wahyu tidak diperlukan berasaskan prinsip logos dan mitos. Logos adalah satu penemuan yang paling ampuh hasil dari eksperimen manakala mitos pula umpama khalayan yang tidak wujud dan tidak dapat dibuktikan secara tepat dan konkrit.

______________________________________________________________________________________________

~ Definisi Sains ~ 

Aspek Bahasa :

1. Daripada perkataan Inggeris iaitu 'science'. Juga berasal daripada perkataan 'scio', scire atau scientia (dari bahasa Latin) yang bermaksud pengetahuan.

2. Sains mengikut Encarta Encyclopedia ialah "Systematized knowledge in any field, but applied usually the organization of objectively verifiable sense experience."

3. Sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu-ilmu yang diperoleh secara sistematik berdasarkan pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara objektif.

4. Boleh didefinisikan sebagai satu ilmu yang dihasilkan melalui proses cerapan (iaitu analisis dengan menggunakan panca indera) serta fahaman yang lahir daripadanya.

5. Sains adalah satu huraian secara sistematik tentang fenomena tabi'i atau alam semula jadi yang melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah yang dapat diukur (kuantiatif).

6. Kajian yang rasional dan emperikal yang mana tiada kaitan dengan wahyu, intuisi, emosi dan perkara-perkara agama.

7. Sains terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :- 
           - Sains Tulen atau Sains Tabi'i
           - Sains Gunaan (Teknologi dan kejuruteraan)
           - Sains Sosial (Tabiat Manusia)

Aspek Keilmuan Islam : 

1. Sains Islam berasaskan wahyu dan akal. Menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan tertinggi kerana wahyu datang daripada kuasa tanpa batas sedangkan akal adalah satu perkara yang terbatas.

2. Sains dalam Islam adalah sains yang berkonsepkan tauhid yang mana ianya penemuan kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah melalui rasul-Nya.

3. Ia adalah satu maklumat atau fakta yang didapati menerusi penyelidikan dan pemenuan yang menggunakan kaedah-kaedah tertentu tidak bercanggah dengan syarak untuk mencari fakta atau bukti bagi menjelaskan sesuatu kebenaran.

4. Dikaitkan dengan cabang ilmu pengetahuan yang sistematik, yang betolak dari sesuatu sebab dan akibat yang boleh diuji dan dikaji kebenarannya.

5. Menggabungkan unsur metafizik (ketuhanan) dan fizik, ilmu aqli dan naqli, ilmu intelek dan ilmu wahyu.

6. Sains Islam berasaskan nilai, neural dan objektif.

7. Sains dalam Islam merangkumi 3 kategori utama iaitu :-

            Sains Propaedeutik 

- melibatkan kemahiran seperti membaca, menulis, ilmu pengetahuan timbangan, pertanian, biografi dan sejarah.

            Sains Syariah    
     
- Sains ini adalah sati bidang yang sama dengan ilmu agama pada hari ini.
- Bidang yang termasuk adalah ilmu tajwid, hadith, syariah, tafsir, dan lain-lain.

            Sains Falsafah
       
- Merangkumi 4 bahagian utama.
- Merangkumi bidang matematik propaedeutik, logik, sains tabi'i dan matematik tabi'i.



______________________________________________________________________________________________

~ Definisi Teknologi ~

Aspek Bahasa :

Teknologi Dari Aspek Bahasa & Istilah

1. Perkataan technology berasal dari perkataan Gree (techologia), dari perkataan Yunani (techne), bermaksud seni, kemahiran, rekaan. (Hairudin Harun, 2007 : 2)

2. Teknologi adalah satu sains gunaan di mana ilmu sains digunakan bagi mencapai matlamat atau tujuan yang pratikal.

3. Secara ertimologinya, teknologi berasal dari dua perkataan bahasa Yunani iaitu 'techne' dan 'logos'.

4. 'Techne' adalah seni (art), kerja tangan atau keterampilan., Tekno bermaksud kemahiran teknik atau hasil kerja. Logos bermaksud wacana atau kata-kata sistematis.

5. Teknologi boleh merujuk kepada merujuk kepada pertama : penggunaan kaedah-kaedak dan teknik-teknik pembuatan barang atau perkhidmatan yang dihasilkan melalui rekaan sains untuk menyelesaikan masalah. Kedua : yeknik-teknik yang meliputi kaedah, bahan-bahan, peralatan dan proses-proses untuk menyelesaikan masalah. Ketiga : penggunaan sumber-sumber seperti pengetahuan, kemahiran, proses, teknik, peralatan dan bahan untuk menyelesaikan masalah.

6. Ini bermakna teknologi adalah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memberi manfaat dan menyelesaikan terhadap sesuatu masalah yang dihadapi oleh dalam kehidupan seharian.

7. Dari istilah: teknologi adalah ilmu pengetahuan dan tindakan yang bersistem dan biasanya dikaitkan dengan proses industri.

8. Kesimpulannya, ialah ilmu yang berbentuk praktikal atau teknikal yang membolehkan manusia membuat perubahan yang bermanfaat ke atas alam tabi'i.

Robert E. McGinn membahagikan teknologi kepada empat maksud iaitu :-

a. Teknologi sebagai teknik selalunya dirujuk sebagai produk-produk material buatan manusia atau segala rekaanya.


b. Teknologi sebagai satu teknologi.


c. Teknologi sebagai satu bentuk aktiviti kebudayaan manusia.

d. Teknologi sabagai satu perusahaan kemasyarakatan yang menyeluruh.

Aspek Keilmuan Islam

Teknologi Dari Aspek Keilmuan Islam :

1. Teknologi dalam Islam satu cabang praktikal untuk mencapai tujuan praktikal sebenar, bertunjangkan tauhid kepada Allah, seimbang antara satu sama lain, terlaksana mengikut sistem etika Islam yang mengutamakan keadilan dan dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai khalifah Allah untuk menggunakan alam tabi'i dengan baik. (Wan Ramli Wan Daud, 1991)

2. Dalam sejaran sains Islam, istilah yang bertepatan dengan teknologi ialah istilah 'sina'ah' yang bermaksud ilmu gunaan.

3. Pengetahuan yang berhubung dengan teknik menggunakan pengetahuan sains.

4. Bertujuanmemberi kemudahan dan kemakmuran kepada manusia.

5. Teknologi dalam Isla adalah bentuk teknologi yang memberi manfaat iaitu tanpa unsur kerosakan dan tidak terkeluar daripada etika serta prinsip-prinsip dasar Islam.

6. Teknologi satu pengetahuan kemahiran yang memberikan fokus kepada cara menggunakan ciptaan sains untuk membantu kehidupan manusia menabdikan diri kepda Allah. S.W.T.

7. Ia merujuk kepada dua kemahiran iaitu ;-
     > Kemahiran dalam bidang pembuatan atau pengeluaran.
     > Kemahiran dalam bidang arkitek dan kejuruteraan.

______________________________________________________________________________________________
~ Definisi Kejuruteraan ~


Aspek Bahasa


Kejuruteraan Dari Aspek Bahasa & Istilah

1. Kejuruteraan termasuk dalam bidang sains gunaan (applied science) yang berkaitan dengan teori asas dengan mereka bentuk sesuatu hasil keperluan dan kegunaan yang boleh memberi khidmat kepada manusia.

2. Kejuruteraan juga bermaksud proses mereka bentuk teknologi dengan kaedah yang paling efisyen.

Aspek Keilmuan Islam

1. Kejuruteraan adalah satu disiplin ilmu yang berkaitan dengan kepandaian untuk menggunakaan teknologi secara efisyen bagi tujuan kebaikan manusia.

2. Kejuruteraan dalam Islam digunakan untuk membantu manusua dalam memenuhi tugas khalifah secara lebih berkesan.

~Tajuk-tajuk Yang Terdapat Dalam Blog Ini.~

No comments:
~Tajuk-tajuk Yang Terdapat Dalam Blog Ini.~

Untuk projek blog dalam subjek Sains, Teknologi & Kejuruteraan (DUA 2012), kumpulan kami telah memilih 2 tajuk untuk fakta yang terdapat dalam Al-quran dan dua fakta yang terdapat dalam Hadis.

Tajuk yang dipilih :

Al-Quran :
1. Terdapatnya Sungai Didasar Laut.
2. Cap Jari.

Hadith :

1. Lalat.
2. Bersugi.

Monday, 7 March 2016

~ Al-quran Berkaitan Sungai Didasar Laut ~

No comments:
~ Al-quran Berkaitan Sungai Didasar Laut ~

( Suasana atau keadaan Sungai di dasar laut yang terdapat di Mexico)
Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

( Mr. Jacques Yves Costeau, seorang ahli oceangrafer dan penyelam yang terkenal
dan beliau yang menemui sungai di dasar laut tersebut. )

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.


Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu yang bermaksud : “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.”

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surah Ar-Rahman ayat 22 yang bermaksud  “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Kemudian dibacakan surah al-Furqan ayat 53, “Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain asin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”

( Surah al- furqan ayat 53 )
Video
Serba sedikit cerita penemuan sungai di dasar laut.

Sumber : youtube.com

~Cap Jari Yang Berkaitan Dengan Al-quran~

No comments:
~Cap Jari Yang Berkaitan Dengan Al-quran~
( Contoh Cap Jari )
Setiap orang, termasuk mereka yang lahir kembar, memiliki pola cap jari yang khas dan berbeza di antara satu sama lain. Itulah sebabnya, cap jadi menjadi tanda pengenal manusia untuk membezakan seseorang dengan orang lain.

( Contoh Jenis-jenis cap jari )


Menurut Harun Yahya, sistem pengekodan ini dapat disamakan dengan sistem kode garis (barcode) sebagaimana yang digunakan ketika ini. Penekanan pada cap jari mempunyai makna sangat khusus.

Menurut Harun Yahya, hal itu disebabkan cap jari setiap orang adalah khas bagi dirinya sendiri. Setiap orang yang hidup atau pernah hidup di dunia ini memiliki siri cap jari yang unik dan berbeza dari orang lain.


Itulah sebabnya mengapa cap jari digunakan sebagai kad identiti yang sangat penting bagi pemiliknya dan digunakan di seluruh dunia. Keunikan cap jari ini baru ditemui pada akhir abad ke-19 M.

Sebelumnya, orang menghargai cap jari sebagai lengkungan-lengkungan biasa tanpa makna khusus. Namun dalam Al-Quran, Allah merujuk kepada cap jari, yang sedikitpun tak menarik perhatian orang waktu itu, dan mengarahkan perhatian kita pada erti penting cap jari, yang baru mampu difahami di zaman sekarang.

Pada abad ke-7 M, Al-Quran telah menyebutkan bahawa cap jari menjadi tanda pengenal manusia. Dalam Al-Quran disebutkan mudah bagi Allah untuk menghidupkan manusia selepas kematiannya, pernyataan tentang cap jari manusia secara khusus ditekankan dalam sebuah ayat.

 
( Semaklah Al-quran anda )


"Apakah manusia mengira bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-belulangnya? Ya, bahkan Kami mampu menyusun (kembali) hujung jari-jarinya dengan sempurna." (Al-Quran, 75:3-4).


Sungguh Al-Quran adalah firman Allah yang Maha Benar.

Video ( Sejarah penemuan cap jari

Sumber : youtube.com


Saturday, 5 March 2016

~Hadis Berkaitan Lalat ~

No comments:

~Hadis Berkaitan Lalat ~



 Islam menghendaki kita supaya menjaga kebersihan bukan sahaja pada pakaian dan tempat tinggal malah pada makanan dan juga minuman. Rasulullah  amat menitik beratkan hal ini sehinggakan apabila seekor lalat pun yang memasuki makanan atau minuman, Baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya.

Penyataan lalat pada hadis di atas; bahawa air tetap bersih dan suci jika dihinggapi lalat yang membawa bakteria penyebab penyakit sekiranya kita celupkan lalat itu supaya sayap yang membawa ubat (penawarnya) pun turut sama tercelup ke dalam air tersebut.
Bahawasanya terdapat bahan khusus pada salah salah satu sayapnya yang sekaligus menjadi penawar atau ubat terhadap bakteria yang berada pada sayap yang lain. Oleh kerana itu, apabila keseluruhan badan seekor lalat dicelupkan ke dalam air, maka bakteria yang ada padanya akan mati dan hal ini tidak akan meninggalkan racun yang boleh memudaratkan manusia.


Rasulullah  bersabda, “Apabila seekor lalat masuk ke dalam minuman salah seorang kamu, maka celupkanlah ia, kemudian angkat dan buanglah lalatnya sebab pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap lainnya ada ubatnya.”(HR. Bukhari, Ibn Majah, dan Ahmad)

Berdasarkan hal ini, jelaslah bahawa ilmu pengetahuan dalam perkembangan sains telah menegaskan dan membuktikan keterangan Rasulullah  secara ilmiah, sesuai dengan hadis yang mulia tersebut. Dan mukjizat ini telah dikemukakan oleh Baginda semenjak 14 abad yang silam, sebelum para pakar perubatan mengakuinya.


Maka adalah ternyata bahawa apa yang dikatakan oleh Rasulullah   adalah benar iaitu saranan Baginda kepada kita agar menenggelamkan lalat terlebih dahulu ke dalam air bagi mengeluarkan mikro organisma penolak kuman dari badan lalat tersebut, dalam erti kata lain bahawa badan lalat harus dibasahkan sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat. Subhanallah betapa hebatnya junjungan kita, Nabi Muhammad  .

Firman Allah سبحانه وتعالى:
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ ﴿١٩٠ الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّـهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَـٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ﴿١٩١

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka juga memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! tidaklah Dikau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Dikau, maka peliharalah kami dari azab neraka.”
(Surah Ali Imran: Ayat 191)

Video.


Sumber : Indahnya Islam (yotube.com)

~ Hadis Berkaitan Bersugi ~

No comments:
~ Hadis Berkaitan Bersugi ~

( Kayu Sugi)
1. Bersugi atau bersiwak adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.

2. Bersugi hukumnya adalah sunat dan masanya ialah bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan sembahyang , ketika hendak membaca Al-Quraan dan ketika berubah bau mulut.

3. Dihukumkan makruh bersugi apabila telah gelincir matahari ( masuk waktu Zohor ) bagi orang yang berpuasa , sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“ Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu disisi Allah s.w.t. itu lebih harum daripada kasturi “.
( Riwayat Muslim )
- Pada pendapat Imam Nawawi r.a.h bahawa tidak makruh bersugi bagi orang yang berpuasa sama ada telah gelincir matahari atau belum gelincir matahari.
( Contoh Kayu Sugi )

4. Alat untuk bersugi ialah tiap-tiap sesuatu yang suci dan kesat seperti berus gigi , kayu arak ( siwak ) , rotan manggar kelapa dan lain-lain.

5. Hadith Rasulullah s.a.w. tentang bersugi :
1) Dari Aisyah r.a.h. “ Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya “.
( Riwayat Baihaqi )
2) Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. telah bersabda :
“ Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh
mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk “.
( Riwayat Ahmad )

6. Cara perlaksanaan bersugi hendaklah dengan tangan kanan dan dimulakan dengan sebelah kanan mulut dan terus dilakukan atas langit-langit mulut dengan perlahan-lahan serta ke atas gusi dan gigi.

7. Di antara kelebihan bersugi ialah :

1) Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“ Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih
baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang
dengan tidak bersugi “.
( Riwayat Muslim ) 


2) Dapat menambahkan akal.
3) Dapat mencerahkan mata.
4) Melambatkan tumbuh uban .
5) Dapat menggandakan pahala.
6) Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal .
7. Sekiranya tidak dapat bersugi pada tiap-tiap waktu yang dituntuti hendaklah ia bersugi sekali dalam sehari.


8. Di antara sebab-sebab sembahyang orang yang bersugi itu lebih afdhal dan lebih besar fadhilatnya kerana ia akan mendatangkan lebih khusyuk sembahyangnya serta dapat memelihara pergaulan yang baik di dalam jemaahnya semasa sembahyang dengan bau mulut yang bersih dan harum serta cahaya gigi yang segar .

Malah kini telah wujud berbagai penemuan ilmiah dari sudut sains berkaitan dengan kayu siwak serta hikmahnya kepada kesihatan mulut dan gigi. Daripada beberapa kajian yang telah dikaji dan direkodkan kajiannya oleh Profesor Doktor Abdullah Abdul Ar-Razak Mas’ud As-Sa’id di dalam bukunya yang bertajuk “Siwak, Perhatian Berat Dalam Pengamalannya Untuk Kesihatan Gigi” antaranya adalah:
1) Kayu siwak terdiri daripada beberapa ciri yang boleh kita dapati daripada “gall tree”(3) yang dipercayai sebahagian daripada bahagian tumbuhan atau pokok yang secara saintifiknya mempunyai bahan anti-kulat juga sebagai bahan lawas untuk penghadaman. Malah kini terkenal di dalam penggunaan anti pengaliran darah (pembekuan darah). Namun Doktor Abdullah Abdul Razak menegaskan bahawa kayu siwak adalah bersih serta ciri-ciri yang terkandung di dalamnya boleh membersihkan gusi serta gigi manusia serta merawat luka kecil yang terdapat pada gigi kita serta menghalang pengaliran darah daripadanya.
Selain itu, seorang pakar farmasi yang dikenali sebagai Sallahuddin Hanafi telah melakukan beberapa ujikaji keatas ubat gigi yang mengandungi kayu sugi atau kayu siwak. Berikut adalah beberapa penemuan olehnya :-
1) Ia mengandungi beberapa sumber garam mineral, sodium klorida (sodium chloride), kalsium, sodium, fosfat (phosphate), zat besi, silica, dan lain-lain lagi. Ternyata sebahagian daripanya mempunyai faedah yang tersendiri pada gigi serta gusi manusia. Di antaranya, bahan klorin yang terdapat di dalam sodium klorida membantu mengekalkan keputihan kepada gigi kita.
2) Ia juga mengandungi minyak yang berbau harum (essences oil), merupakan sejenis minyak yang mempunyai haruman yang menyegarkan yang hampir sama dengan haruman ubat gigi yang berada di pasaran pada hari ini. Kajian mengatakan bahawa minyak ini warnanya perang kemerah-marahan. Boleh dikatakan salah satu daripada faedah bersiwak adalah mengelakkan bau yang tidak menyenangkan hasil tinggalan sisa-sisa makanan di antara celah gigi kita.

Video

Sumber : Ceramah Agama Oleh Ybhg. Dr. Zaharuddin Abdul Rahman (Youtube.com)
# Maaf kerana audio kurang jelas.

Friday, 4 March 2016

 
back to top